KUALA LUMPUR: Petisyen yang dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, tidak menjejaskan kedudukan Mahkamah Syariah di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan menegaskan, hanya 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang telah diputuskan terbatal dan tidak sah.
Sebaliknya, jelas beliau peruntukan-peruntukan dalam Enakman Ordinan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain masih lagi sah dan berperlembagaan.
"... dan boleh dikuatkuasakan selagi peruntukan-peruntukan (Perlembagaan) tersebut (di negeri-negeri lain) tidak dicabar dan tidak disytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.
"Namun, adakah Kerajaan Persekutuan boleh mengarahkan negeri-negeri untuk meminda undang-undang syariah di negeri?
"Jadi, apa yang boleh diputuskan berdasarkan Fasal 2 Perkara 74 dan butiran satu senarai dua, senarai Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan Hal Ehwal Agama Islam, di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Maka Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja merupakan pihak berkuasa utama yang perlu dirunding dan perlu memberi perkenan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang bertanyakan bagaimana kerajaan hendak menguruskan peruntukan yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, sedangkan undang-undang seumpamanya masih lagi ada di peringkat negeri.
Takiyuddin antaranya mengambil contoh kesalahan judi di Pahang yang terdapat dalam Enakmen Jenayah Syariah negeri itu, tetapi berdasarkan kes Nik Elin ia tidak boleh dikuatkuasakan kecuali dicabar.
Beliau turut membangkitkan mengenai peranan wakil Jabatan Peguam Negara yang menjadi Penasihat Undang-undang di setiap negeri sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) merangka Rang Undang-Undang (RUU) bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Menjawab perkara tersebut, Zulkifli berkata, Jabatan Peguam Negara tidak mencelah dalam kes Nik Elin, sama seperti kes Iki Putra Mubarak yang mencabar keabsahan Enakmen Jenayah Syariah Selangor pada 2021.
"Makna, ini merupakan satu tindakan yang konsisten oleh Jabatan Peguam Negara melihat kepada keseluruhan perkara dan faktor yang ada hari ini.
"Itu merupakan konsistensi yang ada dan dilaksanakan oleh Jabatan Peguam Negara dan ingin mengingatkan bahawa 2021 (kes Iki Putra), bukan Kerajaan Madani," ujar beliau lagi.
Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.
Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin.
Hasimi Muhamad
Tue Feb 27 2024
Zulkifli menegaskan, hanya 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang telah diputuskan terbatal dan tidak sah - Foto/Japen
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Kes Nik Elin: Enakmen jenayah syariah negeri lain masih lagi sah
Peruntukan-peruntukan dalam Enakman Ordinan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain masih lagi sah berperlembagaan.